SELAIN daripada kempen bendera putih banyak pihak khususnya surau, masjid dan badan bukan kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial 'food bank' menyediakan bekalan makanan buat golongan terjejas.
Namun begitu, disebalik bantuan yang disediakan terdapat sesetengah individu cuba mengambil kesempatan.
Tapi, kali lebih mengejutkan meja yang digunakan untuk meletakkan barang sumbangan turut lesap dilarikan mereka tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu gambar yang tular di laman sosial Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja digunakan hilang dipercayai dikebas.
Pada masa sama, kelihatan penganjur food bank meninggalkan satu nota berbunyi 'Tolong kembalikan meja saya'.
Menjengah ke laman media sosial, orang ramai mengecam tindakan individu yang bertindak sedemikian.
Bagaimanapun, SinarPlus tidak mempunyai maklumat lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.
Ada-ada sahaja ya!