BERITA baik bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah korang kini berpeluang memohon pengeluaran i-Citra bermula pada hari ini.
Permohonan yang diawalkan tiga hari itu bertujuan membantu meringankan beban individu terjejas dari segi pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) dek pandemik Covid-19.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi laman sosial Twitter memaklumkan permohonan pengeluaran i-Citra dibuka bermula pada 12 Julai 2021 iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh awal, 15 Julai 2021.
IklanPermohonan Pengeluaran i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021.
Baca selanjutnya di: https://t.co/1oCxCY7At2#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/vLbp1WiNl2
Iklan— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia)
Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra dan cara permohonan sila laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.
Skim pengeluaran KWSP i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.
Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan mengimbangi keperluan masa kini serta masa depan ahli.
Korang yang mencarum KWSP dan mengalami masalah pendapatan boleh memohon i-Citra sebelum tarikh akhir pada 30 September 2021.
Sumber: @kwsp