PERNAHKAH korang merasakan kehidupan harian serba tidak kena? Rasa yang menyebabkan kita tidak
selesa dan tiada kepuasan apabila melakukan sesuatu.
Semuanya hambar dan tawar.
Kita juga mudah rasa terluka dan berkecil hati dengan insan dan suasana sekeliling.
Adakala rasa seperti kita tidak difahami dan sentiasa bernasib malang.
Itu sebenarnya berpunca daripada hati tidak tenang.
1. Jangan marah orang, biarpun tujuan mengelakkan mereka buat salah seperti mana kita tersalah langkah.
2. Ambil mudah, buat tidak kesah. Itu lebih indah apabila tidak lelah dengan urusan manusia. Gunakan
waktu untuk dekat dengan ALLAH.
3. Senyum sahaja sepanjang masa. Ramah mesra dan banyakkan diam dari berkata-kata. Jangan menyampuk
dalam perbualan. Jangan tawarkan wisdom. Ia bukan perlu melalui mulut. Jaga persahabatan.
Sampaikan melalui buku jika ingin berpesan pedoman.
Baca juga Permohonan i-Citra dibuka hari ini, jumlah maksimum hingga RM5,000
5. Jangan berdebat. Teruskan berkhidmat. Pendapat siapa sekalipun, raikan sahaja. Usah tunjuk bijak.
Usah tunjuk tahu. Asalkan ia tidak sentuh akidah.
6. Bawa hal sendiri. Jangan menyalak dan bertekak hal politik dan isu semasa. Jangan menyelak urusan
peribadi orang. Jangan gelak terbahak-bahak campur urusan orang, biarpun rasa dia akrab dengan kita.
7. Jaga radar kawalan diri. Dan terus melonjak tinggi. Manfaatkan masa berbaki. Tinggal sikit sahaja lagi. Sampai masa kita akan pergi bertemu Tuhan yang MAHA TINGGI.
Selamat beramal!
Sumber: Datuk Roslan Ab Hamid