MASALAH mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya mengganggu penglihatan.
Justeru, antara cara penyelesaian ideal adalah memakai cermi mata atau kanta lekap.
Disebabkan itu, pasti korang tercari-cari apakah tip merawat mata rabun di rumah?
Antara tip:
Berikut contoh sajian yang baik untuk mata:
Sayur-sayuran hijau berdaun
- Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.
Buah-buahan sitrus dan beri
- Ia kaya dengan vitamin C.
Kekacang
- Sebagai contoh kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.
Ikan
- Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.
Telur
- Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.
Lakukan sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata berasa tidak selesa.
Caranya adalah seperti berikut:
- Tekapkan tapak tangan pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
- Pusingkan bebola mata dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
- Fokuskan pandangan mata terhadap sesuatu benda pegun. Sebagai contoh, menggunakan sebatang pen, dekat dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
- Urutkan dahi. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.
Baca juga 9 Tip Untuk Kulit Wajah Berseri, Cantik Cara Islam
Oleh itu, pastikan korang peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan
sekurang-kurangnya satu jam ke arah pemandangan menenangkan.
Ketika malam, pastikan korang tidur sekitar lapan jam setiap hari.
Selamat mencuba!
Sumber: hellodoktor