SEDAPNYA buah betik! Lebih-lebih lagi apabila dimakan dengan serbuk asam! Nyum! Bagi yang suka makan buah betik sebagai pencuci mulut, banyak khasiat yang anda peroleh. Ini antaranya.
1. Awet muda
Buah betik kaya dengan vitamin C yang mana ia mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit yang mampu menyebabkan masalah kulit seperti kedutan dan kulit kering. Di samping itu, vitamin C turut mampu melindungi dan mencantikkan kulit serta melambatkan penuaan.
3. Menerangkan penglihatan
Kandungan vitamin A dalam betik mampu memberi nutrien pada mata. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan seseorang mengalami rabun malam.
Ini antara khasiat buah betik yang baik untuk kesihatan dan juga merawat masalah kulit. Semoga bermanfaat buat semua.
Penulis: Suhaila Ali
Sumber: jiwasihat, maskulin dan unsplash