Covid-19: Air kelapa muda mampu kurangkan keberkesanan vaksin? Ini penjelasan sahih ahli dietetik

Iklan

APABILA nama kita dipanggil untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, selalunya memang kita akan gembira tidak terkata.

Namun, selepas itu, kita akan tertanya-tanya apa makanan dan minuman untuk dimakan atau dielakkan. Betul tak?

Iklan
Iklan

Seperti yang diketahui, selepas suntikan vaksin Covid-19, kita biasanya akan mengalami beberapa kesan sampingan ringan seperti lenguh di tempat suntikan, penat, sakit kepala atau demam.

Justeru, adakah dari segi pemakanan dapat mengurangkan kesan sampingan, di samping terus menyokong sistem imunisasi badan kita?

Iklan

Prihatin dengan keadaan itu, seorang ahli dietetik, Raihan Irwan berkongsi pandangannya dengan orang ramai.

[caption id="attachment_52554" width="1024"] Raihan Irwan.[/caption]

Iklan

Katanya, terdapat beberapa persoalan yang perlu dikupas mengenai pemakanan dan vaksin Covid-19.

Berikut kemudian menghuraikan kesemua soalan yang dikerap ditanya masyarakat. Antaranya:

1. Adakah saya perlu mengambil suplemen tambahan?

Ujar beliau, tindak balas imunisasi yang berkesan sangat dipengaruhi oleh pemakanan yang mencukupi.

"Badan kita memerlukan vitamin yang secukupnya seperti vitamin A, B6, B9 (folate), B12, C, dan E serta mineral seperti, selenium, zat besi dan zink.

"Ia terbukti mempunyai pelbagai peranan penting dalam menyokong sistem imunisasi badan dan sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan," tambah Raihan dalam artikel yang dikongsinya melalui e-mel itu.

Namun begitu, beritahunya, pengambilan suplemen tambahan tidak digalakkan melainkan telah mendapat nasihat daripada doktor.

"Ini kerana tidak ada bukti yang kukuh menyatakan suplemen tambahan membantu vaksin Covid-19 bertindak lebih efisien.

2. Adakah saya perlu berpuasa sebelum suntikan vaksin seperti prosedur perubatan lain?

Memberi respons pantas, katanya, sebelum menghadiri ke tempat vaksinasi, sebolehnya makan terlebih dahulu.

"Ia bertujuan untuk mengelak pengambilan suntikan vaksin semasa perut kosong terutamanya bagi mereka yang menghidapi trypanophobia (fobia terhadap jarum) kerana mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti pening kepala atau pengsan.

Selain itu, selepas menerima suntikan vaksin pula, pastikan air diminum dengan kuantiti yang cukup.

"Penghidratan yang baik mampu membantu vaksin Covid-19 dalam anda berkesan dengan efektif iaitu purata saranan pengambilan air bagi orang dewasa adalah 6 hingga 8 gelas air putih setiap hari.

Nasihat Raihan, orang ramai disyorkan untuk menyediakan botol atau sumber air putih berdekatan bagi memastikan mendapatkan air secukupnya sepanjang hari.

3. Adakah air kelapa muda mampu mengurangkan keberkesanan vaksin?

Ulas beliau, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali kerana tidak bukti yang kukuh bagi menyokong mitos tersebut.

"Kandungan air kelapa adalah 94 peratus dan ia juga kaya dengan elektrolit, vitamin dan mineral seperti kalium, kalsium, selenium, vitamin C dan sebagainya yang mampu membantu menguatkan imunisasi badan.

Jadi, kata Raihan, berehatlah selepas menerima vaksin dengan mendapatkan tidur yang nyenyak kerana dengan cara itu dapat membantu sistem ketahanan badan berfungsi sepenuhnya.

Baca juga Elak aktiviti fizikal berat selepas dapat suntikan vaksin, elak insiden tak diingini. Ini penjelasan doktor

"Oleh itu, ingain saya tegaskan sekali lagi, sebenarnya, pemakanan yang tinggi dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang akan membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti dan seterusnya mampu meningkatkan ketahanan imunisasi badan.

Artikel berkaitan: Jangan terlalu selesa walaupun sudah divaksin. Selagi 80% belum disuntik, patuhi SOP