SEMALAM tular di laman sosial kononnya Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor 'dikosongkan' kerana lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pun demikian, pihak HTAR menafikan dakwaan tersebut.
Pengarahnya, Zulkarnain Mohd Rawi berkata, jabatan kecemasan sememangnya sudah penuh dengan jumlah pesakit.
Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa pada pada 8 Julai lalu wad G2 dan G3 berdekatan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenal pasti sebagai tempat untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus.
Sementara itu, beliau turut menjawab isu berkaitan doktor pelatih yang diarah berpindah dari asrama.
"Pemindahan doktor pelatih HTAR dari asrama doktor pelatih ke bangunan asrama pelajar perubatan Universiti Malaya (UM) yang lebih selesa bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan blok A,B dan C asrama doktor pelatih.
"Ini disebablan blok D asrama itu telah digunakan sebagai Pusat Saringan Covid (PSC) sejak April lalu," jelasnya lanjut.