SEMALAM penulis berbalas kiriman WhatsApp bersama seorang rakan yang bekerja di Pulau Pinang.
Bermacam-macam topik dibualkan sehingga menyentuh mengenai suntikan vaksin Covid-19.
Masakan tidak, beliau kini bekerja dan menetap di Pulau Pinang, namun lokasi janji temu ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera bertempat di Kuala Lumpur.
Justeru, bagi korang yang berdepan situasi sama seperti rakan penulis usah bimbang. Lokasi untuk vaksinasi boleh ditukar walaupun sudah dijadualkan.
Berikut cara-cara menukar lokasi janji temu vaksin di aplikasi MySejahtera:
*Tidak termasuk janji temu inisiatif vaksinasi sukarela AZ
1. Klik sahkan janji temu
Pun begitu, sekiranya telah berbuat demikian, maka pilih link 'klik di sini untuk membatalkan janji temu anda'.
2. Pilih alasan kedudukan
Bagi step ini pilih kemudahan kesihatan yang diperuntukkan terlalu jauh sebagai alasan pembatalan.
3. Letak butiran alamat
Seterusnya, isi dan hantar butiran baharu untuk negeri dan poskod tempat tinggal terkini.
4. Alamat dikemas kini
Kemudian alamat baharu akan diproses dan dikemas kini bagi menjadualkan kembali janji temu vaksin.
5. Tunggu 30 hari
Selepas selesai kemas kini, butiran janji temu baharu akan dihantar dalam tempoh 30 hari. Giliran tidak akan terjejas sekiranya membuat pembatalan.
Baca juga Beza kontak rapat dengan kontak kasual, bukan semua daripada mereka perlu lakukan swab test
Justeru, perlu diingatkan ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Digalakkan memakai pelitup muka berganda dan membawa hand sanitizer dan pen.
Moga bermanfaat!