Sedekah al-Fatihah buat diri sendiri setiap pagi, nikmati rasanya

Iklan
Tilik al-Quran

LAZIMNYA kita membaca surah al-Fatihah ketika mendirikan solat ataupun menghadiakan kepada mereka yang meninggal dunia.

Pun begitu, pernah tak korang terfikir untuk sedekah surah pembuka rezeki itu kepada diri sendiri?

Iklan
Iklan

Jika belum pernah, maka lakukan bermula hari ini kerana al-Fatihah merupakan makanan yang baik untuk roh selain bacaan zikir.

Cara mengamalkan:

Iklan

Setiap pagi selepas bangun tidur

1. Beri salam pada diri sendiri dahulu.

Iklan

2. Lalu panggil nama penuh kita dengan lembut sebanyak tiga kali.

3. Kemudian sentuh dada kiri (jantung) sambil mengucapkan 'Alhamdulillah'

Katakanlah:"Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Ya ALLAH jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, jadikanlah hamba penjemput rezeki ALLAH yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamin Ya ALLAH."

Antara kelebihan membaca surah al-Fatihah:

1. Diampuni dosa.

2. Diterima kebaikan.

3. Dibebaskan lidah pembacanya dari api neraka.

4. Terlepas dari azab kubur, azab neraka dan azab hari kiamat.

Baca juga Hanya 15 saat! varian Delta ‘menyerang’ melalui udara. Berikut 7 fakta perlu ambil tahu…

Semoga bermanfaat dunia akhirat.

Sumber: Telegram Ebit Lew