#SiBibirMerah: Nak sedekah tak perlu tunjuk wajah, diam-diam sudah...

Iklan
derma

PADA zaman modenisasi yang mana masyarakat 'bersahabat' baik dengan telefon pintar bermacam-macam isu semasa, sedih, kejam dan tragis tular sepantas kilat di media sosial.

Cuma membezakan sama ada paparan kisah itu daripada sumber sahih ataupun sebaliknya. Maklumlah, situasi hari ini Bibir Merah melihat ramai berlumba-lumba menjadi 'penyampai berita' terawal.

Iklan
Iklan

Fakta atau auta itu belakang kira!

Iklan

Lebih mengecewakan terdapat content creator (pencipta kandungan) sanggup menggunakan kesusahan insan lain sebagai inti pati content sehingga mengundang simpati warga maya.

Salah satunya merakam video warga emas ataupun golongan tidak berkemampuan yang terpaksa menjual di tepi jalan, kaki lima atau di tangga demi kelangsungan hidup.

Iklan

[caption id="attachment_53035" width="1024"] TIADA salahnya membantu menyumbang bekalan makanan dan keperluan asas kepada golongan terjejas, tetapi elak mendedahkan wajah penerima demi menjaga aibnya.[/caption]

Tidak kurang jua memaparkan kisah kelompok yang tinggal berhimpit anak-beranak di rumah usang dan mengibarkan bendera putih dek terputus bekalan makanan.

Barangkali niat content creator ingin berkongsi cerita dan menyuntik keprihatinan bersama pengguna media sosial yang lain.

Bayangkan, jika ahli keluarga kita diperlakukan sedemikian rupa?

Bukan itu sahaja, bagi menambah elemen dramatik alunan muzik meruntun jiwa melatari video bersama kapsyen sedih menceritakan keperitan hidup golongan tersebut.

Sekadar mengambil contoh, video tular di Tiktok baru-baru ini memaparkan kegigihan seorang warga emas perempuan menjual asam keping di Pasar Siti Khadijah, Kelantan.

Video berdurasi seminit dirakam seorang pemuda itu menyentuh hati netizen menyebabkan ramai ingin membantu, Bibir Merah juga tidak terkecuali.

Ini disebabkan dalam video terbabit mengatakan nenek yang tinggal di Selising, Pasir Puteh sanggup menjaja hingga ke Kota Bahru seorang diri.

Apa yang menyedihkan, nenek tersebut turut memohon bantuan RM5 daripada pemuda itu untuk membeli sedikit beras.

[caption id="attachment_53034" width="1024"] PELBAGAI persoalan terjawab apabila nenek ini berniaga untuk hilangkan rasa bosan duduk di rumah dan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada pihak JKM.[/caption]

Susulan video tersebut ramai bersimpati dan tidak kurang juga menyalahkan pihak zakat dan badan kebajikan kerana tidak turun padang melunaskan tanggungjawab.

Rupa-rupanya itu bukanlah situasi sebenar.

Che Munah juga tidak tinggal sendiri, sebaliknya bersama suami, Abdullah Jusoh, 66, dan anak tirinya, Mohd Rosli Abdullah berusia 31 tahun.

Kemudian, dinaikkan kepada RM500 mulai tahun ini dan bantuan bulanan yang diterima tidak pernah tertunggak.

Ingat, tak salah kita membantu golongan memerlukan dan terjejas khususnya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek pandemik Covid-19.