‘Cap (Caprice) muhasabah diri…’ – Raf Yaakob minta Caprice henti persengketaan

Iklan
Untitled design (70)

SEJAK semalam, nama penyanyi rap dan usahawan, Caprice dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya bermula apabila Caprice mendedahkan dia telah disekat daripada mengikuti akaun Instagram UEL setelah menegur figura itu mengenai misi UEL di Gaza baru-baru.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, turut memaklumkan dia berkemungkinan tidak dapat masuk ke Gaza dan dirinya berada dalam keadaan bahaya di sana.

Tidak mahu isu ini berpanjangan, suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob meminta untuk Caprice menyelesaikan isu ini secara baik tanpa perlu berkongsi di media sosial.

Iklan

Katanya, tindakan Caprice itu hanya membuatkan keadaan bertambah serabut.

"Saya dengar live antara Caprice dan seorang lelaki, Redha tak silap namanya.

Iklan

"Cap (Caprice), saya tak tahu apa yang berlaku, saya rasa semua rakyat Malaysia juga pun tak tahu apa yang berlaku.

"Cap, lebih baik untuk selesaikan isu ini secara berdepan dengan UEL. Bila awak mula kongsikan di Instagram awak, keadaan jadi messy.

"UEL baru kehilangan bapa, ini bukan masanya untuk dia hadapi semua ini. Ya saya tahu apa yang awak rasa, tetapi awak kena selesaikan berdua.

"Bila dah mula buka cerita di media sosial, awak tak boleh berundur, semua akan tahu,” ujarnya.

Tambah adik kepada Fazley Yaakob itu, dia meminta Caprice untuk berbalik kepada qada dan qadar serta percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya.

"Kadang-kadang, bila ALLAH SWT sulitkan sesuatu, mesti ada sebabnya. Begitu juga kalau dia permudahkan sesuatu, mesti ada sebab.

"Hanya ALLAH SWT yang tahu. Cap muhasabah diri, ALLAH tahu nawaitu ada dan UEL. Apa yang berlaku, serahkan kepada ALLAH SWT, ALLAH itu maha adil.

"Suatu hari nanti kebenaran akan terbuka juga. Cuma henti berkongsi perkara seperti ini di media sosial. Ia perkara besar dan semua orang tidak bersedia.

"Sekali lagi, selesaikan elok-elok. Umat Islam harus bersatu. Jaga diri,” katanya.

Luahan yang dikongsikan Raf menerusi akaun Instagramnya itu turut mendapat respons positif dan rata-rata bersetuju dengan pandangannya.