Resipi Cheesekut Lemak Manis

Iklan

BUAT penggemar keju anda mesti cuba makan cheesekut. Ia sedap. Terasa lemak manisnya. Sekali makan pasti nak lagi!

Bahan-bahan:

Iklan
Iklan

250 cream cheese

1 paket biskut Deluxe Crackers

Iklan

1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan jika tidak suka manis)

1 kotak kecil susu segar

Iklan

Nestum

Cara-cara:

1.Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan dia sudu susu segar ke dalam mixer atau blender. Putarkan sehingga sebati ke semua bahan itu.

2.Lapikkan loyang dengan plastik

3.Celup biskut dalam susu segar (jangan terlalu lama nanti biskut lembik)

4.Kemudian susun satu persatu biskut pada loyang untuk membuat tapak.

5.Sapukan adunan cream cheese di atasnya dan taburkan nestum.

6.Ulang step ini sehingga biskut habis. Pastikan permukaan atas sekali adalah cream cheese dan taburan nestum.

7.Selepas selesai, masukkan loyang ke dalam peti sejuk.

Siap dan boleh dinikmati bila sudah sejuk. Sangat sedap! Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Ariana’s kitchen dan hawazman