‘Itu mummy berlakon je….’ – Didie Alias kongsi momen lucu anak meraung lihat lakonannya

Iklan
Untitled design (79)

PELAKON dan pengacara, Didie Alias, berkongsi momen lucu yang menyaksikan anak bongsunya, Muhammad Dayyan Norisham, 7, meraung melihat lakonannya dalam drama Tanah Kubur.

Didie, 46, atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali berkata, Dayyan yang ketika itu sedang menikmati makanan terus berhenti dan menangis.

Iklan
Iklan

"Dia tengok Tanah Kubur,  dia menangis tengok mak dia kena bunuh, macam mana?

"Dik (Dayyan) itu drama je, ini mummy kat depan adik ni haa… I’m here, I’m here…

Iklan

"Mummy berlakon je dalam Tanah Kubur. Mummy belum mati lagi,” katanya menerusi perkongsian dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan

Rata-rata rakan artis turut terhibur melihat aksi Dayyan yang begitu menghayati lakonan ibunya dan tidak kurang juga yang tersentuh dengan reaksi anak Didie itu.

Dayyan merupakan anak hasil perkahwinan kedua Didie bersama Norisham Ismail. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.