Ibu Ozlyn Wati meninggal dunia

Iklan
Ozlyn Wati

PELAKON Ozlyn Wati berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Rozidah Jumari yang meninggal dunia pada Selasa.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya, Ozlyn yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan penyampai Era, Johan, mendoakan yang terbaik buat arwah ibunya itu.

Iklan
Iklan

"Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari, beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah.

"Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan beliau, harap ampunkan dosa-dosa ibunda kami.

Iklan

"Jika ada yang berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian, sila hubungi kami,” tulisnya yang tidak menyatakan butiran lanjut tentang punca kematian.

[caption id="attachment_53348" width="1024"] Foto kenangan Ozlyn dan keluarga bersama arwah ibunya pada Ramadan lalu.[/caption]

Iklan

Dalam perkongsian sama, Ozlyn turut memuat naik foto kenangan bersama Allahyarham ibunya yang diambil ketika Ramadan lalu.

"Gambar bahagia itu diambil pada awal Ramadan tahun ini sebelum PKP dan pasti bukan gambar terakhir ibunda berjemaah dengan kami.

"Ya Allah, kami reda atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yang beriman,” ujarnya.

Turut bersedih dengan berita dikongsikan, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi doa dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan serta pengikutnya yang mengharapkan Ozlyn dan keluarga tabah berdepan ujian kehilangan itu.

"Terima kasih pada semua yang tak henti-henti hubungi, mesej dan doakan. Ada yang tak kenal pun.

"Ada yang DM (mesej langsung) tak henti-henti doakan untuk ibunda kami. SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,” katanya.