"SETIAP rakyat di negara ini yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dibenarkan rentas negeri dan daerah selepas diberi sijil pengesahan khas."
Itu antara petikan yang dibaca oleh penyampai berita arus perdana daripada sebuah stesen televisyen.
Masakan tidak, klip video berdurasi selama 20 saat tersebut seolah-olah memberi pengesahan bahawa individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan merentas negeri dan daerah.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan petikan video terbabit.
Sehubungan itu, KKM menyarankan masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasmi KKM bagi mendapatkan maklumat terkini yang sahih.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan dua dos suntikan vaksin Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan sedang memperhalusi cadangan bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula.