Petugas PPV sangka kepala wanita berdarah, disyaki didera rupa-rupanya...

Iklan
wanita ppv

JIKA diperhatikan bermacam-macam cerita dikongsikan baik di media arus perdana mahupun media sosial mengenai gelagat orang ramai hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk proses vaksinasi.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, segelintirnya pula terpaksa ditenteramkan petugas kerana takut jarum suntikan, tetapi ada juga yang terlalu teruja sehingga sanggup tiba dua jam awal sebelum slot janji temu.

Pendek kata, macam-macam ragam berlaku di PPV seluruh negara. Ini termasuklah gelagat seorang wanita yang hadir ke pusat vaksinasi dalam keadaan rambut basah kuyup.

Iklan

Menurut pengguna Facebook yang juga merupakan seorang pelakon tempatan, Thain Siew Kim ceritanya bermula apabila ibunya mendapat slot janji temu suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Julai lalu.

Iklan

Selain itu, dalam hantaran tersebut Thain juga menjelaskan ibunya berbangsa Thai dan bertutur dalam bahasa Thai sahaja. Jadi beliau harus menemani ibunya sepanjang proses vaksinasi.

Bahkan, mencari ambulans kerana beranggapan ibu beliau cedera.

[caption id="attachment_53510" width="1024"] PETUGAS pusat vaksinasi menyangka kepala seorang wanita cedera dan berdarah, tetapi rupa-rupanya ia adalah pewarna rambut yang belum dicuci.[/caption]

"Petugas kesihatan bertanya jika dia (ibu) benar-benar baik saja dan tidak sakit.

Pun demikian, selepas selesai segala keraguan petugas PPV melayan ibunya dan mengambil gambar bersama.

Inisiatif wanita tersebut sanggup memenuhi slot janji temu yang diperoleh, waima dalam keadaan sedemikian harus dipuji.

 

Sumber: Astro Awani