"Susah nak bawa watak tidak suka Islam" - Fauzi Baadilaa

Iklan
Untitled design (13)

PELAKON Indonesia, Fauzi Baadilla mengakui watak Rahmat dalam filem Hayya: The Power of Love 2 benar-benar mengujinya lantaran dia harus membawakan watak individu yang tidak suka dengan agama Islam.

Jelas Fauzi, dia pada mulanya risau untuk menjayakan watak tersebut namun, dia percaya niat dan dakwah kecilnya itu sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat tentang keindahan Islam itu sendiri.

Iklan
Iklan

"Saya harus bawa watak Rahmat yang memusuhi Islam, buruk sangka dengan keamanan yang dibawa. Risau sebab takut mental dan kerohanian saya sendiri akan terjejas.

Iklan

"Bagi saya, Hayya: The Power of Love 2 ini tidak terlalu mendapat tentangan dan mencetuskan kontroversi daripada filem pertama.

"Penonton di Indonesia suka dan saya berharap agar peminat di Malaysia juga akan senang menerima," katanya.

Iklan

[caption id="attachment_53538" width="1024"] Fauzi berganding dengan pelakon kanak-kanak daripada Palestin.[/caption]

Hayya: The Power Of Love 2 merupakan antara filem yang ditayangkan secara eksklusif di Astro First dan menariknya, Astro juga menawarkan penonton pakej kombo untuk menonton siri pertama, 212 The Power Of Love bermula 22 Julai.

Sementara itu, jelas pengarah Hayya: The Power of Love 2,  Jastis Arimba, filem itu merupakan karya pertama di Indonesia yang menjalani penggambaran di Palestin dan menyuarakan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di negara Islam itu.

"Filem ini adalah mengingatkan kita betapa bersyukurnya lahir dan hidup di negara yang aman serta nyaman seperti Indonesia atau Malaysia, tidak ada konflik seperti di Palestin sehingga kita harus lebih peduli dan membantu persoalan saudara-saudara Muslim kita di sana.

"Cabaran terbesar adalah mencari pelakon kanak-kanak yang sesuai untuk membawakan watak Hayya. Tetapi secara teknikalnya, saya tidak mempunyai masalah untuk mengarah filem ini.

"Ditambah dengan komitmen dan dedikasi kru produksi termasuk semua pelakon, kami berjaya menghasilkan sebuah filem yang cukup bermutu," katanya.