#SiBibirMerah: Nurse suntik picagari kosong, akui keletihan. Jangan pukul rata semua frontliners

Iklan
bibir merah vaksin

MENELITI komen-komen ditulis di laman sosial Facebook Sinar Harian hari ini Bibir Merah mendapati sesetengah warga maya menzahirkan ketidakpuasan hati.

Ia susulan tindakan dikenakan terhadap jururawat yang dikatakan memberikan suntikan vaksin picagari kosong.

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, jururawat yang mengaku menyuntik penerima vaksin dengan picagari kosong telah diberi amaran.

Iklan

Tambah Khairy, surat amaran telah diberikan kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat disebabkan jururawat itu bertugas di kem tentera.

[caption id="attachment_53669" width="600"] KHAIRY JAMALUDDIN[/caption]

Iklan

Rentetan itu segelintir netizen menyifatkan tindakan dikenakan adalah tidak setimpal dengan perbuatan dilakukan, maka bertalu-talu komen negatif dilemparkan.

Pun begitu, bagi Bibir Merah jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Usah pukul rata melabelkan pasukan perubatan itu dan ini.

"Bukankah itu tanggungjawab mereka?"

Justeru, elak mempertikaikan kewibawaan dan amanah yang mereka pikul kerana jika diperhatikan frontliners kini begitu komited melunaskan tanggungjawab termasuk proses vaksinasi.

Ini bagi memastikan usaha herd immunity (imuniti kelompok) dapat dicapai dalam kadar segera demi mencegah penularan Covid-19.

Misalnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan pada Khamis sahaja seramai 507,050 penerima selesai diberikan dos pertama dan kedua.

Jumlah pemberian kumulatif vaksin tersebut direkodkan adalah tertinggi setakat 22 Julai 2021.

Melihat angka tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa frontliners PPV di seluruh negara secara purata mengendalikan lebih 2,000 penerima saban hari.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy juga memberitahu bahawa sebanyak 13 laporan polis berhubung vaksinasi dibuat oleh orang ramai.

Antaranya laporan mengenai kes suntikan kosong tanpa vaksin dan ketidakpastian petugas dalam pemberian vaksin.

Sekali lagi nasihat Bibir Merah jaga tutur kata. Serahkan segala urusan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Bagi korang yang sudah mendapat slot janji temu vaksinasi sila hadir mengikut tarikh dan lokasi PPV ditetapkan.

Disarankan memandang picagari dan meminta kerjasama petugas menunjukkan jarum sebelum dan selepas suntikan vaksin Covid-19 dilakukan.

 

Sumber: Bernama dan Canva