Jangan lupa follow kami di Instagram!
BARU-BARU ini tular di media sosial rakaman video individu yang mendakwa disuntik picagari kosong atau diibaratkan hanya diberi 'vaksin angin'.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah.
Mereka mendakwa golongan selebriti diberi kelonggaran merakam video ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, sedangkan 'rakyat marhaean' pula sebaliknya.
Sehubungan itu, bagi memudahkan semua pihak kini penerima dibenarkan merakam video ketika mendapatkan vaksinasi di PPV seluruh negara.
Justeru, dengan keputusan baharu itu penerima mempunyai bukti dan tidak timbul lagi isu suntikan vaksin picagari kosong atau layanan dua darjat.
Tambah Khairy, individu disarankan meminta petugas kesihatan bertugas menunjukkan picagari berisi cecair vaksin sebelum dan selepas suntikan dilakukan.
Beliau berkata, langkah terbabit antara prosedur operasi standard (SOP) tambahan baharu dilaksanakan.
Justeru, bagi korang yang akan PPV bolehlah merakam video sepanjang proses vaksinasi bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, pastikan kita tidak menganggu kerja para petugas di sana.
Pada masa sama sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan memakai pelitup muka berganda dan membawa hand sanitizer dan pen peribadi.