Abang Ahmad Fedtri meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Untitled design (22)

PENGACARA dan komposer terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi khabar duka mengenai pemergian abangnya, Zahari akibat virus Covid-19, pada Isnin.

Berita sedih itu dikongsi Fedtri menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

"Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi setelah berjuang dengan Covid-19,” tulisnya.

Terdahulu pada 19 Julai, Fedtri memaklumkan bapanya yang berusia 72 tahun terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Iklan

Malah keluarga abangnya turut menerima nasib serupa apabila kesemuanya disahkan positif Covid-19.

Iklan

Salam takziah dari kami di SinarPlus. Al-Fatihah.