‘Tidak’ dibenarkan sakit, hospital kurang katil. Doktor pesan orang ramai jaga kesihatan

Iklan
dr

 

SITUASI Covid-19 di negara kita kian meruncing dan mencapai tahap kritikal. Walaupun hampir setahun kita cuba mengawal penularannnya, bilangan kes semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Sejarah hitam buat Malaysia dimana semalam merupakan kes baharu tertinggi di negara kita iaitu

17,045. Dengan itu, semalam juga kes Covid-19 di Malaysia mencapai 1 juta kes secara keseluruhannya.

Iklan

Oleh itu, banyak hospital kerajaan telah dikhaskan untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19. Menerusi satu hantaran di aplikasi Twitter, seorang pegawai perubatan dikenali Dr Ahmad Samhan menulis satu ciapan yang membuatkan ramai berasa sayu.

Baca juga: Tiada lagi isu layanan dua darjat, suntik ‘vaksin angin’

Iklan

"Kita tidak dibenarkan sakit kerana tiada katil.

"Perit untuk ditelan tapi ini hakikatnya. Semua hospital dipenuhi dengan pesakit Covid-19. Tolong jaga kesihatan,” tulisnya.

Sementara itu, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan mendedahkan senarai beberapa hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi novel koronavirus 2019 ini.

Hospital-hospital yang terlibat ialah

1.Hospital Tengku Fauziah di Kangar Perlis

2.Hospital Pulau Pinang (Georgetown)

3.Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar)

4.Hospital Langkawi (Padang Matsirat) di Kedah

5.Hospital Raja Permaisuri Bainun (Ipoh, Perak)

6.Hospital Sungai Buloh (Selangor)

7.Hospital Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan)

8.Hospital Tuanku Ja'afar (Seremban, Negeri Sembilan)

9.Hospital Melaka

10.Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru).

Di Pantai Timur, di Kelantan mereka dengan gejala jangkitan Covid-19 akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bahru), Hospital Kuala Krai dan Hospital Tumpat manakala di Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu) dan di Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan).

Manakala di Sabah pula hospital yang terlibat adalah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (Kota Kinabalu), Hospital Dutches of Kent (Sandakan), Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.

Baca juga: [VIDEO] Bukan di India, tapi HTAR Klang. Pesakit Covid-19 mula diletakkan di luar jabatan kecemasan

Selain itu Hospital Wilayah Persekutuan Labuan juga turut dijadikan hospital rujukan bagi pesakit yang mengalami jangkitan virus itu.

Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (Kuching), Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu dipilih mengendali kes-kes mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi Covid-19.

Diharapkan korang boleh jaga diri. Elakkan perkara yang meningkatkan risiko jangkitan seperti keluar rumah tanpa tujuan penting. Dapatkan imunisasi vaksin Covid-19 untuk mengelakkan risiko maut akibat jangkitan wabak ini.

Baca juga: 6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

Sumber: KKM