Shuib, Sarah dan anak-anak positif Covid-19

Iklan
Untitled design (25)

KEBIMBANGAN penyanyi Siti Sarah menjadi kenyataan apabila mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19 setelah pembantu rumahnya didapati positif virus itu terlebih dahulu pada Ahad.

Isteri kepada pelawak, Shuib itu berkata, mereka sudah menerima keputusan ujian calitan pada pagi Selasa dan reda dengan ujian ini.

Iklan
Iklan

"Kami dah dapat keputusan swab test pagi ni… Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid.

"Ini semua ketentuan ALLAH, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Mohon semua doakan kami sekelurga mengharungi 14 hari ini. Kami serahkan semuanya kepada ALLAH,” ujarnya.

Iklan

Dalam pada itu, Sarah berkata, segala urusan melibatkan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa.

"Sarah nak jelaskan, untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di Instagram ini bagi pihak Sarah.

Iklan

"Sarah dan keluarga nak kekal positif serta melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan Sarah dan keluarga segera sembuh. Terima kasih,” kongsinya menerusi akaun Instagram.

Sarah sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai nasib mereka sekeluarga selepas pembantu rumahnya disahkan positif wabak itu.

Lebih membimbangkan tiga anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, mula mengalami simptom demam.