[VIDEO] Ibu sanggup masuk hutan kayu bakau cari barang terpakai buat anak main masak-masak di rumah

Iklan
ONLINE (3)

Jangan lupa follow kami di Instagram.

BAHAGIA itu tidak perlu mewah. Itulah ungkapan yang sangat sesuai untuk menggambarkan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu demi memenuhi hajat seorang anak.

Iklan
Iklan

Perumpaan itu juga sesuai untuk ditujukan kepada seorang wanita yang tular selepas videonya yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @YoonaChiee.

Menerusi rakaman terbabit, wanita yang tinggal di Kudat, Sabah itu berkongsi cara membahagiakan anaknya yang berusia lima tahun, meskipun hanya melakukan perkara-perkara kecil.

Iklan

Menghayati video yang dikongsikan, kelihatan ibu berkenaan membongkok sedang mencari barangan terpakai di kawasan paya bakau dan kemudian memasukkan sesuatu ke dalam bakul.

Walaupun 'objek-objek' berupa mainan tidak semewah mana, namun masih boleh digunakan untuk anaknya bermain masak-masak di rumah.

Iklan

Setibanya wanita itu di rumah, beliau segera mencuci barang terpakai yang dikutipnya.

Kesungguhannya membuatkan sesiapa yang menonton video itu akan terharu.

Ibu berkenaan siap merendam dan menjirus 'objek' yang diambilnya itu dengan menggunakan air panas.

Kemudian, beliau membasuhnya dengan sabun supaya barang-barang berkenaan lebih bersih demi kesihatan anaknya ketika bermain nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan pengorbanan besar ibu tersebut.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang ingin memberi hadiah kepada anak wanita itu dengan memintanya berkongsi nombor akaun di ruangan komen.

Namun, daripada pengamatan penulis, wanita itu langsung tidak menyatakannya secara terang-terangan nombor akaun dan alamat rumah meskipun sudah berkali-kali diminta.

Besar betul pengorbanan seorang ibu kepada kita.

Baca juga: [VIDEO] Jual pisang ‘ala vending machine’ di Sabah, ramai warganet kagum tabung jualan tak lesap dicuri orang

Buat semua pembaca SinarPlus, hargailah ibu-ibu anda selagi ada.

Sekiranya mereka sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya di dunia yang fana ini, sentiasalah berdoalah buat insan teristimewa itu.