Tip pemakanan untuk anak yang pertama kali berpuasa, dietitian ini kongsi resipi percuma

Iklan
Untitled design (1)

SETIAP kali tibanya Ramadan, pastinya kita yang dewasa telah bersiap sedia menyenaraikan menu makanan dan diet sepanjang menghadapi waktu sahur dan berbuka di bulan mulia itu nanti.

Iklan
Iklan

Pelbagai senarai menu sudah dicongak terutama oleh suri rumah bagi mengisi perut ahli keluarga dalam tempoh itu.

Untuk mereka yang dewasa lazimnya tiada masalah mengatur menu sesuai dan seimbang bagi memastikan kesihatan tubuh badan.

Begitupun, bagaimana pula perihalnya dengan si kecil?

Iklan

Apakah menu dan diet yang sesuai untuk golongan kanak-kanak terutama yang pertama kali berpuasa.

Berikut antara perkongsian Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nur Hafizah Mahamad Sobri di status Facebook beliau:

Iklan

[caption id="attachment_7407" width="1024"] Nur Hafizah[/caption]

"Ingat tak umur kita dulu berapa masa nak mula berpuasa?

Tapi anak anak ni lain daripada kita mommies daddies.

Anak kita selera lain, kuantiti yang boleh dimakan lain, tahap larat mereka lain.

Maka tujuan posting kali ini nak bagi tip jenis makanan yang boleh diberi waktu sahur, supaya anak anak yang berpuasa ini boleh bertahan.

1. Perbanyakkan sumber protein

Menu sahur banyakkan sumber protein

Protein adalah makonutrien yang paling lambat untuk dicernakan banding dengan karbohidrat dan lemak. Sangat bagus sebagai sumber zat besi dan pelbagai vitamin yang membantu anak kekal cergas.

Sumber protein seperti ialah seperti ayam, ikan, daging, keju, susu dan kekacang.

Kalau mereka nak ambil ayam goreng lagi banyak dari nasi tidak mengapa, bagi sahur biarkan.

Mommies boleh sediakan menu pagi yang masukkan banyak sumber protein.

Contoh:

?makaroni dan keju ada susu, ada keju, ada ayam/udang

?spaghetti bolognese dengan bebola daging

? nasi lauk ayam dengan telur

? cereal dengan susu full cream milk

? Roti ala-ala double cheeseburger atau sandwic tuna dengan keje

? homemade pizza dengan macam macam topping and keju

2. Tambah sumber serat

Waktu pagi selepas ambil menu utama sahur, galakkan anak snek sedikit dengan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Kenapa? Sebab ramai anak anak susah sangat nak makan sayur, tapi boleh terima lagi buah-buahan.

Serat membantu rasa kenyang lama sedikit.

Ajar anak ambil satu hidangan buah...

Satu hidangan buah bersamaan dengan:

? 1 biji pisang mas

? 1 potong tembikai

? 8-10 biji anggur

? 1 biji oren

? 1 biji epal

? 1/2 biji mangga/jambu/buah naga

Sikit saja kan..tak banyak pun..tapi jangan buat dalam bentuk jus ya. Taknak anak-anak suka air manis pula masa sahur.

3. Tanya mereka nak menu apa sebelum tidur

Sebenarnya dengan bertanya, anda ambil kira pandangan anak dan lebih tinggi kemungkinan untuk anak terima makanan yang disediakan keesokan pagi.

Memang akan ada episod tukar selera pula. Pun begitu, kita boleh terangkan itu pilihan dia masa malam tadi. 'Nanti esok mommy sediakan menu lain pula.'

4. Jangan paksa anak puasa penuh

Ambil langkah demi langkah.

Kalau hari pertama berjaya puasa 4 jam tak mengapa. Esok kita cuba up kepada 5 jam

Kalau berjaya puasa 1 hari, nak bagi motivasi  seperti beri RM1 ke, hadiah ke silakan..

Tapi jangan paksa anak puasa penuh pada kali pertama mereka nak cuba.

Lainlah kalau anak dah remaja mengada-ngada tak tahan nak berbuka puasa. Itu memang nak kena ketuk dengan sudip ni??

Siapa nak idea untuk buat sahur boleh download resipi-resipi ini. Percuma sahaja."

http://www.nutriweb.org.my/index.php?nutritionists-choice-cookbook

http://www.nutriweb.org.my/index.php?nutritionists-choice-cookbook-vol-2