[VIDEO] Robot 'cute' hantar bola, kutip lembing di Olimpik Tokyo 2020

Iklan
10

SUKAR untuk kita menidakkan bahawa Jepun antara negara yang sentiasa menduduki carta atas dari segi kecanggihan teknologi.

Selain berada tempat kedua selepas Amerika Syarikat dalam 'kuasa ekonomi dunia', negara berkenaan juga menguasai bidang automotif, mesin, elektronik, optik dan robotik.

Iklan
Iklan

Bahkan, pada penganjuran Sukan Olimpik 2020 khidmat robot turut menjadi pilihan.

Buktinya, apabila kelibat robot muncul bertindak sebagai 'budak penghantar' bola pada hari keempat temasya sukan itu berlangsung di Stadium Tokyo.

Iklan

Kehadiran robot comel itu menangkap perhatian mereka yang berada di gelanggang bola keranjang dan ragbi.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bukan itu sahaja, barisan robot berkenaan juga membantu memudahkan pengurusan acara di stadium olahraga.

Ia sejajar dengan objektif penciptaan bagi membantu mengurangkan masa untuk mengambil peralatan sukan, sekali gus meminimumkan jumlah penglibatan petugas di lapangan.

Difahamkan, sebelum temasya para pegawai Tokyo 2020 dan Toyota bekerjasama dengan World Athletics mengembangkan FSR.

[caption id="attachment_54365" width="1024"] Staf Toyota Motor Corporation ketika menguji robot tersebut.[/caption]

Warga maya tertarik dengan kecomelan robot FSR, malah ada menyamakan seperti bas tanpa pemandu bersaiz mini yang beroperasi di perkampungan atlet di sana.

Menarik bukan? Penggunaan teknologi seumpama ini wajar digunakan secara meluas bagi mengurangkan penglibatan kakitangan khususnya tatkala pandemik Covid-19.