WABAK Covid-19 yang masih mendominasi ketika ini telah mendorong beberapa pihak mencipta inovasi bagi mengekang penularan virus berbahaya itu.
Terkini, 3M memperkenalkan respirator KN95 pakai buang baharu, 3M Particulate Respirator 9513 yang direka bentuk untuk melitupi muka dan membolehkan udara melalui lapisan turas penapis, bukan di bahagian tepi respirator.
Diperbuat daripada bahan penapis proprietari 3M, 3M Advanced Electrostatic Media, respirator tersebut berfungsi menapis habuk dan zarah lain, sambil membolehkan pemakai bernafas dengan mudah.
Presiden Bahagian Kesihatan dan Keselamatan Pengguna 3M, Megan Selby berkata, bahan penapis itu berupaya menapis sekurang-kurangnya 95 peratus zarah bawaan udara seperti kotoran, habuk, pasir, zarah dari ekzos kenderaan, PM 2.5 dan alergen sekiranya digunakan mengikut arahan pemakaian yang betul.
Beliau menambah, respirator tersebut mengandungi mikrofiber cas tinggi yang berkesan meningkatkan pemerangkapan zarah bawaan udara dan membolehkan pemakai bernafas dengan mudah ketika musim jerebu, lazimnya dari bulan Jun hingga September di Malaysia.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Sebagai peneraju global dalam perlindungan respiratori, kami mencipta respirator ini bagi memberi perlindungan kepada pengguna di mana sahaja dalam kehidupan seharian mereka.
"Ia juga amat berguna bagi mereka yang mungkin terdedah kepada orang ramai atau debu seperti pengguna pengangkutan awam dan penunggang motosikal," katanya.
Produk tersebut boleh didapati di dalam pek mudah guna dan simpan yang mengandungi satu atau tiga respirator setiap pek. Ia mempunyai jangka hayat lima tahun dari tarikh pembuatan.
3M Particulate Respirator 9513 kini boleh didapati secara dalam talian di Lazada (3M Flagship Store) dan Shopee (3M Official Store) serta kedai-kedai terpilih pada harga runcit cadangan RM6 bagi pek yang mengandungi satu respirator dan RM15 bagi pek yang mengandungi tiga respirator.
Jangan lupa follow kami di Instagram!