ROCKERS terkenal, Amy Serach berkongsi khabar duka mengenai pemergian bonda tercinta, Fatimah Idris, 88, pada petang Ahad.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, ibunya meninggal tua akibat sakit tua di rumah anak saudaranya di Kota Damansara.
Iklan
Iklan
"Doakan ibu saya Hajah Fatimah Haji Idris, yang telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.
"Insya-ALLAH arwah mak akan dimandikan pada jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara,” kongsi Amy menerusi akaun media sosialnya.
Dalam pada itu, anak Amy, Nabila Huda turut berkongsi berita duka itu menerusi Insta Storynya.
"Assalamualaikum. Abil baharu sahaja kehilangan seorang lagi nenek. Fatimah Idris. Al-Fatihah,” tulisnya.
Takziah buat Amy dan Nabila daripada SinarPlus. Al-Fatihah.
Artikel Berkaitan