[VIDEO] Padah tanggal gelang pink kuarantin di media sosial, wanita dikompaun RM5,000

Iklan
18

MEREKA yang ‘bergelang pink’ akan diwajibkan kepada mereka yang diminta menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Ia termasuk kepada individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Kes Yang Disyaki (PUI), selain individu tidak bergejala, namun mempunyai sejarah berkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti Covid-19 iaitu Pesakit Dalam Pemantauan (PUS).

Iklan
Iklan

Video seorang wanita menanggalkan gelang pink tular di media sosial. Melalui paparan video berkenaan, wanita berkenaan dipercayai memotong gelang berkenaan bertujuan untuk keluar dari rumah

"Bila masa gelang pink, ni gelang emas, mak aku beli,” kata wanita berkenaan sambil menunjukkan gelang pink miliknya sebelum menyimpan ke dalam beg," kata wanita berkenaan dalam video tersebut.

Iklan

Rakaman berdurasi 34 saat itu mendapat kecaman daripada warga maya yang rata-rata mengatakan perbuatan wanita tersebut tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pertambahan kes baharu.

-"Patutlah kes makin naik dekat utara.”

Iklan

-"Saya kuarantin tak pakai gelang pun. Saya tak keluar rumah ikut MySejahtera punya time. Tanggungjawab la sikit.”

-"Dari dulu lagi dah agak dah mesti ada sesetengah yang macam ni dan mesti salah satu punca kenapa kes makin naik.”