NUR Dhabitah Sabri, secantik nama dan sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya.
Lagi menaikkan namanya apabila anak kelahiran Kuala Lumpur itu hampir mendapat pingat namun terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan di sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Terbaharu, tular pula sekeping foto memaparkan gadis comel itu memakai sut renang bewarna hijau sambil melambaikan tangan dan tersenyum lebar.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai menerusi foto tersebut, Dhabitah kelihatan sedang memegang air minuman, krim kulit serta pencuci muka di sebelah tangan kirinya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Ternyata ramai warga maya terkejut dan seolah-olah tidak percaya atlet wanita itu menggunakan produk pencuci muka khas untuk kaum lelaki.
Malah, ramai pula bersetuju dan mengakui pernah menggunakan produk yang sama dan kesan pada kulit muka sangat baik.
[caption id="attachment_54766" width="1024"] Nur Dhabitah Sabri[/caption]
Ada juga yang berpendapat barangkali Dhabitah menggunakan produk itu bertujuan tertentu dan mereka mengaitkan aktiviti sukan yang membuatkannya terdedah dengan air klorin.