BAGI mencapai segera sasaran dan membentuk imuniti kelompok di negeri Selangor, orang ramai yang tinggal di lokasi itu sudah boleh membuat prapendaftaran dan walk in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat.
Bermula semalam, menerusi Program Vaksin Selangor (SeIVAX Komuniti) itu, rakyat Selangor yang ingin mendapatkan vaksin boleh menggunakan kod baucar yang telah disediakan.
Berikut perincian lanjut mengenai prapendaftaran vaksinasi secara walk in di Selangor:
Tarikh, masa
Vaksinasi secara walk in di PPV berhampiran boleh didapati pada ketetapan berikut:
- Tarikh: 3 hingga 13 Ogos 2021
- Masa: 9 pagi hingga 6 petang
Syarat
Individu yang layak untuk mendapatkan vaksinasi secara walk in adalah:
i) Warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Lembah Klang (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan).
ii) Berumur 18 tahun ke atas.
iii) Belum mendapat janji temu melalui MySejahtera atau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Slot vaksinasi dan kod pendaftaran
Semak senarai slot vaksinasi di Selangor dan kod pendaftaran seperti di bawah:
Panduan prapendaftaran
Individu yang hadir ke PPV untuk vaksinasi secara walk in perlu membuat prapendaftaran dengan tatacara berikut:
1. Muat turun aplikasi SELANGKAH di Playstore atau Appstore.
2. Tekan butang VAX.
3. Tekan TEMUJANJI > SEMAK TEMUJANJI > BUTANG UNGU.
4. Masukkan KOD BAUCAR.
5. Pilih TARIKH.
6. Slot anda telah dijadualkan. Sila hadir ke PPV dengan membawa kad pengenalan atau passport.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan vaksin segera.
Artikel berkaitan: 9 PPV ‘walk-in’ untuk individu 40 tahun ke atas, komorbiditi di Lembah Klang. Jangan lupa bawa dokumen ini
Kongsikan info ini bersama keluarga dan rakan anda juga ya. Semoga bermanfaat!
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif itu, layari lawan web vax.selangkah.my.
Jangan lupa follow kami di Instagram!