[VIDEO] Perbualan gadis yang tegur si bulus tidur atas tayar keretanya bikin ramai terhibur, tapi ada yang geram juga fasal...

Iklan
kucing dalam tayar kereta

MUSIM panas ketika ini membuatkan si bulus suka melepak di tempat-tempat sejuk dan berbumbung.

Tidak kira bahaya atau tidak, yang penting si kucing selesa boleh melelapkan mata.

Iklan
Iklan

Ada yang suka tidur di bawah kereta dan atas tayar, malah dalam enjin pun ada.

Iklan

Bayangkan jika tiada yang perasan, boleh mengundang bahaya. Takut tergilis atau maut dalam enjin tersebut.

Situasi mencemaskan itu turut berlaku kepada seorang pengguna TikTok yang kebetulan ternampak kaki si bulus terjulur keluar daripada tayar keretanya.

Iklan

Gadis itu yang dikenali dengan nama @atulbarry secara lucu menegur seekor kucing yang tidur di atas tayarnya.

"Nasib baik aku perasan. Nasib baik aku tak bawa kereta lagi. Adik, assalamualaikum, tidurkah? Awak janganlah tidur dekat sini, orang tak nampak," tegurnya spontan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Memang agak kelakar mendengar perbualan gadis itu yang pada mulanya agak panik melihat kaki si bulus itu.

Pun begitu, muka selamba si kucing itu membuatkan ramai geram.

Dalam video pendek dengan kapsyen yang ditulis," kalau tak pecah kepala kau dik" turut menerima lebih 457,000 tontonan.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut terhibur dengan perbualan lawak tersebut.

Mungkin si bulus mahu ikut sekali berjalan.

Nasib baik nampak stoking itu dulu.

Tidak kurang juga yang berseloroh jangan lupa tolong basuhkan stoking.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Nampaknya, banyak ragam si bulus yang dikongsikan pencinta kucing dalam media sosial.

Ada paparkan gelagat 'mereka' bermain papan lunsur dan berjalan-jalan tak ingat jalan pulang.

Terdapat juga video yang mana si manja mahukan perhatian tuannya termasuk mengacau kerja rumah. Alahai.

Pastinya perangai si oyen masih mendahului pesaingnya yang lain. Mana tidaknya, banyak video lucu dikongsikan cukup menghiburkan.