BARU-BARU ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang individu seakan tidak berpuas hati dengan
kek yang dibeli dan bertindak membuangnya ke dalam plastik sampah.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Ain Syaf, dia mengakui agak terkilan dengan sikap
seorang pelanggannya yang tergamak membuang kek yang dibelinya ke dalam plastik sampah.
Tegasnya juga, selama dia menjual kek, individu tersebut merupakan pelanggan pertama yang mengadu kek bajet
berharga RM10 itu tiada rasa.
Lebih menyedihkan, wanita terbabit turut menerima ugutan yang pelanggan tersebut ingin membuat live mengatakan keknya hanya 'sampah'.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan
individu berkenaan. Rata-rata mereka turut mendoakan agar penjual kek itu terus dimurahkan rezeki.
Sumber: Ain Syaf