TIADA siapa yang sanggup untuk melihat sahaja rakan-rakan seperjuangan sakit dan menderita tanpa membantu dan berikhtiar.
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengambil langkah proakif menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin secara dalam talian pada malam ini khusus buat rakan artis sedang diuji Covid-19.
"Akhir-akhir ini terlalu banyak khabar duka akibat COVID-19 yang melanda negara kita.
"Rakan-rakan artis juga turut menerima ujian wabak COVID-19 ini antaranya Siti Sarah dan Shuib sekeluarga, Fadzli Zainal dan Aeril Zafrel. Tidak ketinggalan seluruh sahabat yang lain.
Baca juga ‘Sarah Dalam Keadaan Kritikal…’ – Shuib Mohon Semua Terus Doakan Isteri
"Khususnya buat Siti Sarah Raisuddin yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. Semoga ALLAH melindungi mereka dan memberi kesembuhan segera
"Dengan rendah hati, Nora ingin menjemput rakan taulan serta ahli keluarga untuk bersama-sama memanjatkan doa buat mereka yang dilanda ujian ini," katanya.
Difahamkan majlis doa selamat dan bacaan Yassin itu akan dipimpin oleh Dr Rushdi Ramli bermula jam 9 malam ini menerusi platform Google Meet.