Gerenti sedap, KITKAT keluarkan edisi terhad perisa pisang, ambil ilham watak Minions yang suka makan buah tu

Iklan
f-kit

KEPADA para peminat KITKAT, ada berita menarik untuk anda semua.

Baru-baru ini, jenama terkemuka itu memperkenalkan edisi terhad KITKAT Choco Banana dengan kerjasama dengan salah sebuah francais filem animasi yang paling berjaya sepanjang zaman, Minions.

Iklan
Iklan

Watak The Minions seperti yang diketahui umum begitu menggemari pisang dan ini telah mencetuskan ilham membuat KITKAT, selaku jenama konfeksionari paling ikonik di Malaysia untuk menghasilkan kudapan enak melalui gabungan hebat perisa coklat dan pisang.

KITKAT Choco Banana boleh didapati dalam dua jenis variasi iaitu paket 4-jejari dengan empat reka bentuk unik untuk menambahkan keceriaan waktu rehat anda.

Iklan

Paket berganda pula mengandungi lima kepingan 2-jejari dengan dua reka bentuk asal untuk anda dan atau dkongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Iklan

Pastinya, stiap gigitan wafer rangup istimewa KITKAT berperisa pisang disaluti bersama dengan coklat susu halus dan membawa nikmat yang tidak terhingga.

Bersempena pelancaran perisa baharu yang mengujakan itu, KITKAT turut mengeluarkan koleksi bungkusan eksklusif yang memaparkan watak-watak Minions kegemaran semua termasuklah Dave, Kevin, Stuart, Phil dan Carl.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa barangan eksklusif KITKAT x Minions yang boleh dimiliki.

Antaranya rantai kunci LED edisi terhad yang didatangkan dalam lima reka bentuk berlainan dan sarung tangan dapur yang boleh didapati dalam dua reka bentuk yang menarik.

Sarung tangan itu pastinya boleh menjadi teman setia kepada para peminat KITKAT semasa menghasilkan hidangan istimewa bersama KITKAT Choco Banana.

Semua barangan eksklusif tersebut boleh didapati dengan setiap pembelian secara dalam talian di Kedai Rasmi KITKAT di Lazada dan Shopee serta kedai runcit terpilih.