Bekas bintang K-Pop, Seungri dipenjara kerana skandal seks dan perjudian

Iklan
Untitled design (81)

BEKAS anggota kumpulan BigBang, Seungri dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengatur pelacuran dan perjudian di sebuah kelab malam di Gangnam.

Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-Hyun, 31, dijatuhkan hukuman itu oleh mahkamah tentera pada Khamis.

Iklan
Iklan

Dia disabitkan kerana mengatur perkhidmatan seks untuk bakal pelabur dalam perniagaannya, serta perjudian di kasino mewah di Las Vegas yang melibatkan transaksi pertukaran wang asing secara haram.

Hakim, Hwang Min-Je turut turut memerintahkan penyanyi itu membayar denda sebanyak RM4.23 juta.

Iklan

"Sukar untuk mempercayai dia tidak mengetahui tentang transaksi kewangan untuk tujuan pelacuran.

"Nampaknya dia melakukan pelacuran secara sistematik. Jenayah yang mengkomersialkan seks melanggar norma budaya dan mendatangkan bahaya besar kepada negara,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada para pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada 2015.