[VIDEO] Gara-gara beruk, gadis ini kempunan nak makan keropok lekor cheese. Pandai pula lap tangan sebelum makan

Iklan
beruk curi order foodpanda

MASALAH gangguan haiwan liar seperti monyet dan beruk sering terjadi di mana-mana.

Bukan setakat di kampung saja, malah di kawasan bandar pun mengalami isu sama.

Iklan
Iklan

Isu monyet dan beruk yang berkeliaran mencari makanan di kawasan taman perumahan bukanlah satu perkara baharu.

Iklan

Makanan kucing pun kadang-kadang kena rembat juga.

Malah banyak berita dikongsikan mengenai gangguan tersebut di media sosial.

Iklan

Selain makanan di dapur hilang ‘dicuri’ haiwan berbulu itu, ada juga kisah mereka yang order Food Panda, makanannya lesap dibawa lari.

Ia memang betul-betul mencuit hati, walau terpendam sedikit kemarahan.

Perkongsian @qnsandra_ dalam akaun TikTok mengenai tempahan makanannya dicuri si beruk membuatkan ramai netizen gelak sakan.

Meskipun kasihan melihat gadis itu kempunan tidak dapat makan keropok lekor yang dibeli, namun gelagat si beruk yang menikmati makanan di atas bumbung membuatkan ramai geli hati.

Aduhai, sempat lap tangan pula. Suara si gadis itu sempat menjerit kepada beruk itu untuk pulangkan semula makanannya.

Rata-rata netizen yang mengikuti video pendek dengan lebih 99,000 jumlah tontonan itu menasihatkan supaya halalkan makanan tersebut.

Mungkin jika si beruk itu pandai menggunakan telefon untuk order Food Panda, mungkin masalah ini tidak akan timbul.

Jarang-jarang masa Perintah Kawalan Pergerakan, monyet dan beruk dapat makan sedap.

Penat-penat tunggu, kemudian kena songlap depan mata, sumpah menangis tepi pagar.

Tidak kurang juga menyakat supaya makan menggunakan tangan kanan.

Terdapat juga komen berkongsi pengalaman sama.

Sudahlah mencuri, siap makan sambil menjeling. Aduhai.

Insya-ALLAH, ada rezeki lain nanti.

Lucu sungguh. Komen netizen memang tidak mengecewakan. Barangkali cuba mengubat kesedihan gadis itu.

Dugaan sungguh. Bagi mereka yang berdepan kecurian makanan seperti itu, diharapkan lebih berhati-hati.