[VIDEO] Imbas kenangan kedai legend pintu papan, duit pun masih simpan dalam tin besi ikat tali

Iklan
kedai papan legend

KEDAI runcit pintu papan dan bekas duit guna tin dengan sistem pemberat. Semua itu memang menggamit nostalgia lama.

Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an hingga 90an, pasti teringat-ingat zaman kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Mana tidaknya, kedai kayu yang menjual barangan runcit masih wujud lagi. Antaranya di Jalan Lama Sabak Bernam, Selangor menuju ke Perak.

Struktur bangunan masih utuh dan duit jualan pun masih disimpan dalam tin. Entah berapa generasi pemilik premis itu ya?

Iklan

Buat mereka yang rindukan kampung halaman, mesti teruja dengan perkongsian yang dipaparkan @iamnazirul dalam akaun TikToknya.

Iklan

Mana tidaknya, perkongsian pemuda itu di Parit Baru, Sabak Bernam benar-benar membuatkan ramai mengimbau nostalgia.

Bukan setakat teruja, rata-rata warganet yang mengikuti video pendek tersebut masih teringat bau kayu kedai lama tersebut.

Selama ini buat tidak kisahpun, namun disebabkan rindu kampung, semuanya terkenang.

Masih ada lagi kedai pintu papan sekeping-sekeping.

Ramai pula teringat kisah zaman kanak-kanak.

Mana nak cari tin susu cap teko saiz besar zaman sekarang ni?

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman masing-masing.

Menonton video yang dikongsikan pemuda tersebut membuatkan ramai rindu untuk menjejakkan kaki ke kampung halaman masing-masing.

Nasiblah tidak boleh balik lagi kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Pasti ramai memendam rasakan?

Paling tak boleh lupa, deretan biskut tin kira timbang. Sekarang pun masih ada peniaga jual, namun cara modenlah.

Harap semua dapat bersabar dan menunggu sedikit masa lagi untuk kebenaran merentas negeri.

Apapun pastikan diri sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, insya-ALLAH ada sinar harapan buat kita semua. #kitalaluibersama #kitajagakita