Bukan lagi menteri, Dr Zulkifli mahu lebih aktif di YouTube, Twitter Spaces

Iklan

"MUNGKIN selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces!"

Begitulah yang diumumkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di Twitter miliknya semalam.

Iklan
Iklan

Menurut ciapan tersebut, beliau mahu lebih aktif di saluran YouTube dan Twitter.

Iklan

Selain itu, Dr Zulkifli turut mengatakan akan kembali menulis buku.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf atas segalanya selama berkhidmat.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong dan menyambut baik perancangan beliau.

Sehingga kini, akaun Twitter Dr Zulkifli mempunyai hampir 510,000 pengikut dan telah membuat lebih 19 ribu

ciapan.

Terdahulu, Dr Zulkifli bersama anggota jemaah kabinet meletak jawatan pada Isnin susulan perletakan jawatan

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.