Salahkah saya ucap terima kasih kepada mereka yang membantu - Mila

Iklan
Mila Jirin

PENYANYI dan usahawan, Mila Jirin tidak dapat menahan sedih apabila mendapat tahu tentang perletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Isnin.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 34, mengakui cukup terkesan dengan berita tersebut kerana menganggap bekas Perdana Menteri kelapan itu banyak membantunya sebagai usahawan sepanjang pandemik melanda negara.

Iklan
Iklan

"Saya tak tahu tahu kenapa sedih. Saya tak pernah pun sedih Perdana Menteri meletak jawatan sebelum ni. Tapi mungkin sebab dia bantu saya, dia banyak bantu usahawan seperti saya,” luahnya menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.

Pemilik Biz Milla Catering itu menjelaskan, dia adalah antara penerima bantuan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin menerusi Program Subsidi Upah bagi membantu majikan terjejas.

Iklan

"Bantuan Program Subsidi Upah bukan diberi pada saya secera peribadi, tetapi ia diberikan kepada majikan untuk bayar gaji pekerja yang layak.

"Pada fasa (Perintah Kawalan Pergerakan) 1.0, sebanyak RM1,200 diberikan untuk seseorang pekerja dan RM600 pada fasa seterusnya,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Mila juga meluahkan rasa kesalnya apabila ada pihak yang beranggapan luahan yang dilakukan itu mempunyai niat lain di sebaliknya.

"Salahkah sebagai hamba Allah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu,” soalnya kesal.

Mila antara usahawan yang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan perniagaan dan nasib para pekerjanya sejak pandemik melanda hampir dua tahun lalu. Malah Mila juga terpaksa memperbagaikan produk jualan termasuk menjual kek, durian dan pelitup muka demi kelangsungan hidupnya dan para pekerja.