[VIDEO]Fenomena pemuda menari di lampu isyarat curi perhatian. Raih 5 juta tontonan

Iklan
[VIDEO]Fenomena pemuda menari di lampu isyarat curi perhatian. Raih 5 juta tontonan

TIDAK dinafikan aplikasi TikTok merupakan platform perkongsian video popular yang membolehkan

pengguna membuat dan memuat naik video pendek.

Iklan
Iklan

Sesetengah orang hanya mengaitkan aplikasi itu sekadar menari dan seksi namun pelbagai video menarik

turut dikongsi penggunanya yang kreatif dan sudah tentu boleh memberi pelbagai manfaat kepada orang

Iklan

lain.

Terbaharu, seorang pemuda tiba-tiba menjadi fenomena gara-gara bergoyang di atas motor di lampu

Iklan

isyarat.

Sehingga kini video berdurasi 13 saat itu telah mendapat lebih 5 juta tontonan dan hampir 500,000

tanda suka.

Jika korang seorang pengguna TikTok, pasti video tersebut juga melalui fyp kan?

Apa yang mencuri perhatian apabila pemuda itu dengan spontan menyanyi, menari dan menggoyangkan

kepalanya sebaik saja dia mendengar lagu Janji Palsu yang dipasang oleh kereta di sebelah.

Difahamkan, aksinya itu dirakam oleh pemilik kereta tersebut.

Menjengah ruangan komen rata-rata warga maya terhibur dengan aksi spontan berkenaan dan ramai juga

yang 'cair' melihat wajah hitam manisnya.