Empat jam beri keterangan polis, Che Ta tunggu tindakan lanjut

Iklan
ROZITA CHE WAN

PELAKON Rozita Che Wan mengakui sudah memberikan kerjasama sebaik mungkin ketika hadir memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfield berhubung laporan polis yang dibuat pengacara kontroversi, Azwan Ali terhadapnya, pada Selasa.

Menurut Rozita atau turut dikenali sebagai Che Ta, 48, dia sudah menjalankan tanggungjawab dan menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Kehadiran Che Ta ditemani suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin serta pengurusnya, Afeeq Wahab. Kedua-dua mereka turut diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu Azwan, 55, membuat laporan polis terhadap Che Ta yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan kemewahan dimiliki.

Iklan

Menurut pengacara Lagu Cinta Kita itu, kenyataan tersebut telah merosakkan imej dan reputasi dirinya sebagai seorang penggiat seni dan bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta terhadap Che Ta.

Bagaimanapun Che Ta berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu buat masa ini atas nasihat peguamnya.

Iklan

"Kami dalam industri yang sama dan kenapa kita perlu buat musuh. Semua orang tahu sekarang ini kita berada di akhir zaman.

"Kalau tak berbaik pun tak mengapalah, tapi tak perlu buat musuh,” ujarnya tidak mahu kes berkenaan dipanjangkan-panjangkan, namun mengakui hanya mengikut proses yang dijalankan selepas Azwan memulakan dahulu.

Persengketaan dua selebriti popular ini bermula Azwan menegur penampilan dan cara berpakaian Che Ta ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin baru-baru ini dengan menggunakan kata-kata yang kurang sopan menerusi akuan Twitter miliknya.