[VIDEO]'Cute, baik hati'- Gadis bertutur Hindi, Nepal dan Burma di PPV raih pujian

Iklan
[VIDEO]'Cute, baik hati'- Gadis bertutur Hindi, Nepal dan Burma di PPV raih pujian

MENGUASAI bahasa asing amatlah digalakkan kerana ia akan memberikan kelebihan di dalam kehidupan

seharian kita.

Iklan
Iklan

Tidak dapat dinafikan pada zaman yang semakin canggih ini, kelebihan bertutur mahupun kefahaman

memang menjadi kelebihan kepada individu tersebut.

Iklan

Gadis dikenali @ainsyawani itu berjaya mencuri tumpuan warganet apabila dilihat fasih bertutur

Iklan

menggunakan tiga bahasa tersebut bersama warga asing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menerusi perkongsian video di Twitter miliknya, dia berkongsi klip dirinya bertutur bersama

warga asing yang merangkumi Bahasa Hindi, Nepal dan Burma.

Apa yang menariknya, kemahiran pertuturannya dalam bahasa tersebut nyata amat memudahkan warga

asing dalam mendapatkan vaksin.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ain juga mengatakan warga asing yang dilayannya kelihatan gembira dengan layanan yang diberikan

selepas beliau mampu bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

"Sila dengarkan jawapan mereka, mereka sentiasa tersenyum sambil menjawab soalan saya," ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat kehebatan gadis tersebut bertutur

dalam pelbagai bahasa secara spontan.