Rossa teruja wajah terpampang di billboard di tengah kota New York

Iklan
Untitled design (5)

PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa berkongsi keterujaannya apabila wajahnya terpampang di salah sebuah papan iklan digital (billboard) di Times Square, New York, baru-baru ini.

Rossa, 43, berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya.

Iklan
Iklan

"Yes that’s your girl on the giant billboard! I'm your Spotify Equal Artist (Ya itu gadis awak di papan iklan gergasi! Saya adalah artis Spotify Equal anda)," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Iklan

Difahamkan penyanyi yang cukup hits dengan lagu Ayat Ayat Cinta itu dipilih menghiasi billboard bersempena kempen Equal yang dianjurkan platform penstriman muzik Spotify.

Perkongsian Rossa itu turut menarik perhatian Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno; rakan selebriti dan peminat.

Iklan

Untuk rekod, penyanyi Malaysia yang pernah menerima penghargaan yang sama adalah Yuna.