Hati-hati penggunaan bonjela, ubat ulser mulut tidak sesuai untuk kanak-kanak

Iklan
sakit (3)

LAZIMNYA, ramai ibu bapa yang kadangkala berfikir semua ubat-ubatan yang digunakan oleh mereka juga boleh diaplikasikan pada anak-anak.

Namun, ingatlah, bukan semuanya sesuai kerana ia boleh mendatangkan komplikasi kesihatan yang sangat serius.

Iklan
Iklan

Antaranya adalah penggunaan bonjela yang merupakan ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

Kejadian yang tidak enak didengar itu telah berkali-kali berlaku di luar negara.

Iklan

Terbaharu, seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose setelah disapu cecair bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat.

Bayi berusia tujuh bulan itu dilaporkankan berhenti bernafas lalu dikejarkan ke hospital.

Iklan

Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman Facebooknya berkata, walaupun kejadian tersebut berlaku di negara luar, mungkin ada baiknya ibu bapa di negara ini mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara sama daripada berlaku.

"Produk itu (bonjela) mengandungi salicylate salts iaitu bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan aspirin.

Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency juga telah mengeluarkan amaran sama sejak tahun 2006 lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikut beberapa tip bagi penggunaan ubat-ubatan itu kepada kanak-kanak:

i) Rujuk profesional kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi sebelum guna.

ii) Untuk keselamatan, kanak-kanak tidak digalakkan untuk menggunakan cecair berkenaan.

  • Sekiranya masih diperlukan, sila ikut arahan dan elakkan penggunaan secara berlebihan.

iii) Sentiasa patuh kepada dos yang disarankan.

  • Ini kerana pemberian dos berlebihan boleh menyebabkan risiko keracunan.

Foto: Facebook Public Health Malaysia

Jangan lupa follow kami di Instagram!