POPIA boleh dikatakan antara sajian kegemaran rakyat Malaysia.
Masyarakat Tionghua terutamanya Baba Nyonya mempunyai cara tersendiri membuatnya, begitu juga dengan kaum Melayu yang mempunyai resipi masing-masing.
Namun, apa yang boleh dikatakan, sama ada popia basah atau jenis yang bergoreng, kedua-duanya enak dinikmati terutama untuk minum petang, dihidangkan kepada tetamu atau dijadikan juadah berbuka puasa.
Melihat popia sentiasa menjadi pilihan ramai, Siti Khadijah Mujahidin menampilkan popia dengan ramuan rahsianya.
Berkat kesabaran dan kerajinannya, perniagaannya yang dinamakan Popiah Basah Crispy Bonda Furqan semakin mendapat perhatian daripada para pelanggan daripada pelbagai bangsa.
Ketika ditanya apa yang membuatkan popianya menjadi kegilaan ramai, Siti Khadijah berkata, selain adunan sosnya yang sempurna tanpa pengawet, kerak garing yang ditabur di atas setiap popia membuatkan menu berkenaan bertambah enak.
"Untuk menghasilkan kerak garing itu, saya menggunakan lima jenis tepung berbeza. Inilah 'senjata' rahsia saya dalam setiap hidangan.
"Dengan kerak yang ditabur pada setiap kuih popia, setiap gigitan akan menjadi lebih nikmat," katanya sambil tertawa kecil.
Menurut usahawan berusia 29 tahun itu, bagi memantapkan lagi isi popia, beliau akan menambah kacang tanah kisar, bawang goreng dan daun bawang.
Terdahulu ujar Siti Khadijah, untuk inti kuih, beliau selalunya menggunakan campuran sayur-sayuran seperti lobak, timun dan sengkuang.
Kongsi wanita itu lagi, penangan Popiah Basah Crispy Bonda Furqan memang luar biasa.
Pada Ramadan lalu, beliau berjaya menjual lebih 2,500 pek popia dalam sehari dan jumlah itu semakin meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi memperhebatkan lagi bisnesnya, Siti Khadijah memberitahu, beliau baru sahaja memperkenalkan popia ala hipster.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Popia itu saya namakan sebagai Popiah Sushi Crab Crispy dan Popiah Sushi Chicken Crispy yang digandingkan dengan rumpai laut kering dan mayonis dan sos buatan sendiri.
"Selain mengekalkan popia dengan resipi asli, saya juga senang hati menerima permintaan pelanggan khususnya anak muda yang sukakan kelainan, jadi terhasilah popia hipster ini.
"Kepada mereka yang tidak suka sayur, popia jenis ini boleh pilih," katanya yang baru berpindah ke premis baharu di Saujana Utama, Selangor.
Popiah Basah Crispy Bonda Furqan
- Alamat: Lorong 7, Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor (bakal berpindah ke Saujana Utama, Selangor)
- Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 7.30 malam (cuti setiap Isnin)Lokasi penghantaran: Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
- Menu signatur: Popiah Basah Crispy
- Harga: RM7 hingga RM17
- Facebook: Popiah Basah Crispy Bonda Furqan
- Instagram: @popiahbasah.crispyy
Menu ringan seperti popia memang menjadi pilihan ramai tidak kira kaum dan usia.
Kesedapan menu itu selalunya dinilai berdasarkan kepada sos dan intinya.
Selain Popiah Basah Crispy Bonda Furqan yang mencuri perhatian ramai, ramai lagi pengusaha lain yang menerapkan elemen istimewa dalam setiap sajian.
Untuk minggu ini, SinarPlus menyenaraikan empat lagi peniaga popia yang menyediakan popia yang lazat. Kesemua mereka menyediakan penghantaran terus ke pintu rumah.
Popiah Basah Pedas Manja
- Alamat: 16, Pusat Perniagaan Abdul Rahman, Lorong Haji Wan Ibrahim, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor.
- Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam (tutup setiap Rabu)
- Lokasi penghantaran: Sekitar kawasan Muar
- Menu signatur: Popiah basah pedas manja
- Harga: RM5 hingga RM23
- Facebook: Muskiing Muar
Popiah Basah Legend
- Waktu operasi: Tempahan sehingga jam 3 petang
- Lokasi penghantaran: Sekitar Kota Bharu, Kelantan
- Menu signatur: Popiah Basah Legend
- Harga: RM5 hingga RM35
- Facebook: Dapur Classic Kelantan
Faizul Popiah Ipoh
- Alamat: Taman Makmur, Kluang, Johor
- Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 7 malam
- Lokasi penghantaran: Sekitar Kluang, Johor
- Menu signatur: Popiah basah dan goreng
- Harga: RM5
- Facebook: pezzoxpopiah
Popiah Ujong Pasir
- Alamat: Perhentian Kuih Kampung, Ujong Pasir, Melaka
- Waktu operasi: 2 petang hingga 6 petang
- Lokasi penghantaran: Sekitar kawasan Ujong Pasir
- Menu signatur: Popiah basah daging
- Harga: RM1
- Facebook: Popiah Ujong Pasir