DATUK Jovian Mandagie bukanlah nama asing dalam dunia fesyen tanah air.
Walaupun statusnya sebagai pereka fersyen ternama kepada golongan sosialit, lelaki berusia 35 tahun itu tidak lupa tanggungjawab sosial membantu mereka yang memerlukan pada situasi pandemik ini.
Datuk Jovian dan isteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri kelihatan tidak kekok turun padang membantu golongan yang memerlukan hingga ke ceruk kampung.
"ALHAMDULILLAH minggu lepas saya turun ke Hulu Langat bersama @ninaismailsabri , velo cycling club dan dibantu @zer0hungerorg untuk distribusi wang dari #JovianMaskForMalaysia.
"Total kutipan dah cecah Sekitar RM178,845 dengan jumlah 2,235 isi rumah yang kami dapat bantu dan salurkan. Kalau ada rezeki kami bantu banyak lagi. InsyaAllah.
"Thank you all Jovianista yang memberikan sokongan dan membeli koleksi Mask Bunga Raya god bless,” katanya.
Baca juga On duty stylist Perdana Menteri, Jovian Mandagie menata gaya ibu bapa mertua
Koleksi pelitup muka Bunga Raya dilancarkan pada dua minggu lalu menampilkan dua warna iaitu hitam dan putih serta ditawarkan dalam dua versi iaitu earloop dan headloop.
Rekaan mask yang cantik dengan lakaran bunga raya cukup eksklusif dan bergaya. Lebih-lebih lagi bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia, kita sebagai rakyat negara ini tentu bangga menggayakannya.
Datuk Jovian Mandagie berkahwin dengan Datin Nina Sabrina Ismail Sabri pada 11 Disember 2013. Pasangan bahagia ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeannelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.
Sumber: @jmandagie