Meninggal dunia setelah sebulan bertarung nyawa, ibu Syamel selamat dikebumikan

Iklan
Untitled design (12)

JENAZAH ibu Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, selamat dikebumikan sekitar jam 10.30 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai.

Allahyarham sebelum itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara setelah sebulan bertarung nyawa akibat masalah kekurangan oksigen dalam badan.

Iklan
Iklan

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan sendiri oleh Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 28, menerusi Instagramnya.

"Umi saya, Wan Faizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10.09 malam tadi. Doakan urusan umi saya dipermudahkan.

Iklan

"Ampunkanlah dosa umi, Engkau perlihatkanlah syurga buatnya, jadikanlah kuburnya seperti taman di taman-taman syurga dan terimalah segala amal baiknya di dunia untuk dijadikan teman di alam sana.

"Terangilah cahaya di dalam kuburnya. Sesungguhnya umi pergi meninggalkan seribu satu ajaran buatku yang akan ku amalkan hingga akhir hayat,” tulisnya.

Iklan

Terdahulu, suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu memberitahu ibunya terpaksa ditidurkan setelah mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan.

Bagaimanapun Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital sepanjang hidupnya.