TRAGEDI kepala air di kaki Gunung Jerai baru-baru ini meragut banyak nyawa.
Antara berita yang paling mendapat perhatian ramai ialah tentang penemuan jasad seorang bekas imam yang selepas lima.
Penemuannya tular di laman sosial kerana jasadnya yang masih sempurna walaupun tragedi kepala air tersebut menyaksikan air mengalir deras dengan pelbagai objek dihanyutkan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata pasukan menyelamat menggunakan jentera berat untuk mengalihkan timbunan kayu dan berjaya mengeluarkan mangsa lima minit kemudian.
Menerusi perkongsian daripada seorang lelaki yang di aplikasi TikTok berkata jasad Allahyarham seakan ditutupi dengan kulit kayu balak ketika ditemui penyelamat.
"Kebesaran ALLAH memelihara jasad Allahyarjam dengan menutupnya di bawah kulit kayu.
"Apabila terbuka kulit kayu tersebut, maka terkeluarlah jenazahnya hingga ditemui. ALHAMDULILLAH YA ALLAH,” katanya.
Jenazah mantan imam berkenaan difahamkan telah pun selamat dikebumikan.
Demikian pengakhiran seorang insan yang alim dalam tragedi kepala air yang dahsyat itu
Walaupun mengambil masa lima hari untuk ditemui, jasadnya dilindungi ALLAH dari sebarang kecederaan bahkan masih sempurna tanpa kecederaan parah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan inspirasi kepada kita semua.
Sumber: Tiktok eiyraa92