Pak cik jual kucing RM800 tepi jalan dikecam, Animal Malaysia gesa tindakan pihak berkuasa

Iklan
Pak cik jual kucing RM800 tepi jalan dikecam, Animal Malaysia gesa tindakan pihak berkuasa

BARU-BARU ini seorang pak cik mendapat kecaman ramai apabila didakwa menjual kucing pada harga RM800 seekor di tepi jalan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut pada mulanya dibangkitkan beberapa ahli grup Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia serta menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

Justeru itu, Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association dalam satu kenyataan hari ini menggesa supaya aktiviti jualan kucing secara pasar longgok dihentikan.

Iklan

Iklan

Menerusi perkongsian di Facebook milik organisasi itu juga, menjual kucing tanpa aspek kebajikan adalah jenayah kebajikan haiwan.

Jual kucing tidak dibenarkan sekiranya :

1. Kondisi menunjukkan tanda kucing tidak sihat.

2. Kucing tidak cukup sempurna dan tidak 'fit' untuk jualan seperti tidak sihat, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor.

3. Dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan.

Baca juga Empat robot ‘dilantik’ berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Ini tugas-tugas yang BellaBot perlu lakukan

4. Keadaan terdedah terbuka yang boleh berlaku kemalangan.

5. Kurungan sangkar yang bersaiz tidak selesa untuk kucing.

Sedangkan penjualan haiwan ternakan untuk makanan juga mempunyai aspek hak kebajikan.

Animal Malaysia turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan siasatan menyeluruh mengenai perlakuan penjualan kucing yang menimbulkan kemarahan netizen pencinta haiwan ini.