Yuna kembali ke LA demi projek istimewa

Iklan
Untitled design (17)

SETELAH setahun berada di Malaysia, penyanyi antarabangsa, Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna bersedia untuk kembali ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi meneruskan kerjaya muziknya yang tertangguh.

Yuna yang sudah 10 tahun berkelana ke luar negara bagi mengembangkan kerjaya muziknya turut berkongsi berita gembira mengenai penghasilan album barunyanya yang dijangka dilancarkan Disember depan.

Iklan
Iklan

Menurut Yuna, 35, projek pembikinan album kelimanya tertangguh sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19.

"Saya akan kembali ke Los Angeles dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Iklan

"Saya akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya.

Kali terakhir tampil dengan album pada 2019, Yuna berkata, teknologi masa kini banyak membantu dalam proses pembikinan album baharunya.

Iklan

"Saya membangunkan studio dalam rumah dan dengan kemudahan teknologi yang ada sekarang, semuanya boleh dilakukan dalam talian saja.

"Untuk album baharu ini saya akan bekerjasama dengan pengeluar dari Frank Ocean ‘Channel Orange’.

"Album ini bagi saya, adalah salah satu album terbaik yang pernah dihasilkan, saya adalah salah seorang peminatnya!

"Ini adalah impian saya untuk bekerja dengannya sejak tahun 2012 lagi,” ujarnya.